Kursus Induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2021

Pengenalan mengenai JAKIM dan KAFA seperti garis panduan, kurikulum dan pedagogi kepada guru-guru KAFA yang baru

Asas

Dicipta Pada ad_sabah Dikemaskini Pada 19/06/2021 14:06

Percuma

What's Included

  • 30:44 on-demand video
  • 9 Kuliah
  • Access on tablet and phone
  • Certificate of completion

Apa yang anda akan pelajari

  • Mengetahui dan menguasai Garis Panduan KAFA
  • Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Kurikulum KAFA 2.0
  • Mempelajari dan menguasai teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran KAFA

Kurikulum Modul

Expand all Collapse all

9 Kuliah

30:44

Keterangan

Kursus Induksi Guru KAFA Siri 1 mengandungi 9 video kuliah yang perlu ditonton oleh Guru KAFA baru sebagai persediaan awal dalam mendidik pelajar KAFA.

Berikut adalah maklumat tambahan:

Tarikh : 18 Jun 2021(Jumaat) 
Masa : Dua minggu.
Pendaftaran : 9.00 Pagi (18/6/2021)
Tempat : Dalam talian 
Sasaran : Guru KAFA Lantikan Baru bagi sesi 2020 dan 2021, guru yang belum pernah mengikuti Kursus Induksi Guru KAFA serta semua guru ganti Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) seluruh Negeri Sabah.

Pengajar

(4.94)

1 Kursus

329 Pelajar

208 Ulasan

Maklumbalas Pelajar

4.94

From 127 Reviews

100%

5%

0%

1%

1%

Alhamdulillah selesai juga walaupun masalah Line internat.......kursus yg sangat memberi manfaat kepada guru baru...terima kasih ..
Terima kasih kerana telah memberi kursus ini kepada kami
Kursus yg sangat berguna untuk guru2 baru..terbaik.
Bismillahhirrohmannirrahim..saya nak ucapkan terima kasi kerana dapat mengikuti kursus induksi E -Learning 2021 untuk guru baru kursus induksi bermanfaat untuk semua dapat mengenal latar belakang jabtan misi dan visi dan dapat juga ilmu sedikit dan yg paling penting adlah apabila kita lerja di sebuah kabatan kita perlu wajib tahu sejarah pembangunan jabatan alhli jawatan kuasa dan bnyak lagi dan akhir dari saya sekian terima kasih
Kursus yang sangat membantu guru-guru kafa menambah ilmu pengetahuan untuk mengajar
Terbaik , dan pnyampaian yg dbrikan dlam video sngat mudah untk difahami
Alhamdulillah, terima kasih kepada JAKIM kerana telah memberi ilmu yg sangat2 bermanfaat kepada semua guru-guru kafa yg terlibat.. smoga ilmu ini dapat membantu guru2 kafa bagi mencurahkan ilmu kepada pelajar2 khususnya murid2 kafa.. smoga perkongsian ilmu ini dapat di amalkan sepanjang hayat.. tq JAKIM,,terbaikk
Program ini sangat bagus dan banyak membantu guru2 baru seperti saya dalam mempelajari kaedah2 baru dlm mengajar.
Kursus /program terbaik yg amat praktikal dan bersesuaian dengan keadaan pandemik covid19 ini dan sesuai untuk diteruskan. Terima kasih yg tidak terhingga untuk penyelaras program.. Tahniah.
Alhamdulillah kursus ini banyak memberi manfaat kepada guru baru, terima kasih kepada JAKIM kerana menyediakan kursus seperti ini.
Alhamdulillahh . Kursus induksi E-learning ini sangat bermanfaat kepada semua rakan guru2 kafa yang baru . Banyak yang saya pelajari dalam kursus ini . Terima kasih kepada jakim .
Alhamdulillah,kursus yg sangat baik & mudah untuk di ikuti.Banyak perkongsian ilmu yg berguna untuk dipraktikkan didalam kelas ketika waktu pdp.penyampaian yg jelas & mudah untuk difahami..Terima kasih JAKIM kerana menganjurkan kursus ini buat kami warga kafa.
Kursus ini sangat baik dan bermanfaat,kerana banyak memberi tunjuk ajar ...Terima kasih JAKIM .
ALHAMDULILLAH
Sgt bpuas hati byk input y dprolehi slain cpat srta mudah sampai👍 .
cuma..sy xdpt sijil lagi shgga kini krn file pdf y sy download xdpt buka dn ttlis 'format error' shgga skg.
ALHAMDULILLAH suatu anjuran yang sangat baik dalam memacuh kemajuan dalam institusi agama agar guru guru sentiasa dipandang relevan dengan pengetahuan yang luas dan terbuka .
Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang dipelajari :)
Terima kasih
Alhamdulillah...
Kursus ni amat bermanfa'at kpd guru2 baru.
Tahniah kpd JAKIM krn mewujudkan kursus seumpama ini yg sesuai dgn situasi skrg.
Lebih mudah dan lebih jimat masa, kos & komitmen.
Mudah2an byk lagi kursus yg dianjurkan pd masa yg akan dtg. Syabas....
ALHAMDULILLAH SANGAT BERGUNA KEPADA GURU KAFA UNTUK MEMPERHALUSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Alhamdulillah idea yg bagus ,cuma ada bebrapa video yg di sampaikan agak membingungkan dan berulang kali , perbaiki cara penyampaian
Kursus yang diberi sangat bermanfaat dan sangat berguna .
Terbaik . Bnyk ilmu yg d pelajari dari ne kursus
Cara berkursus yang sangat releven ketika ini.
Penjimatan yang amat besar dari segi kos dan masa antara penganjur dan peserta.

Peserta boleh memilih mengikuti kuliah pada waktu yang sesuai dan lapang. Ketika tahap fizikal dan mental peserta amat baik. Berbeza kursus cara biasa yang mana ada ketika peserta mungkin telah penat dan mengantuk lebih-lebih lagi ketika kuliah sehingga 2 jam pada waktu malam.
Alhamdulillah... Guru kafa dapat Mempelajari dan menguasai teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran KAFA dengan lebih sistematik, kreatif dan inovatif.
Alhamdulillah kuliah dan kuiz sdh selesai. smuanyaa menepati objektif, dan dengan kuliah dan kuiz ini dpt memudahkan pengajaran dan pembelajaran harian, terbaikkk 👍
Alhamdulillah... program kursus terbaik dan memudahkan.Disamping menambah ilmu pengetahuan dan membantu dalam proses PDPR harian.. terima kasih 🤗
Alhamdulillah..sangat terbaik la krsus ni.
Memberi ilmu dan kesedaran.
Terima kasih🤝
Alhamdulillah..
syukur selesai mengikuti kursus..terima kasih kepada pihak JAKIM atas program yang sangat memberi manfaat kepada guru-guru Kafa terutama lantikan baru. Program ini sangat membantu untuk memperbaiki pengajaran yang sebelum ni banyak kurangnya. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan seterusnya melahirkan generasi penyebar agama Islam..InShaa Allah..
Alhamdulillah saya telah pun menyelesaikan kursus e learning KAFA dengan jayanya. Banyak ilmu yang saya perolehi terutamanya teknik mengajar berkesan PAK 21. Ada beberapa aktiviti PAK 21 yang saya kurang fahami sebelum mengikuti kursus ini. Tetapi selepas beberapa modul menerangkan mengenainya, pamahaman saya lebih jelas bagaimana kaedah PAK 21 ini diterap dan dipraktikkan didalam kelas. Terima kasih kerana mewujudkan kursus seperti ini . Terbaik KAFA👍👍👍
Alhamdulillah kerana telah berjaya menamatkan Kursus Induksi E-learning dengan baik. Banyak input boleh diambil dan diterapkan yang telah dijelaskan oleh penceramah dari setiap modul.

Kursus ini banyak membantu guru-guru mengetahui cara pendekatan, teknik, kaedah dan strategi untuk kegunaan dalam proses pembelajaran.

Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua guru dalam melaksanakan PdP.
Terima kasih.
Alhamdulillah wasyukru lillah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak JAKIM Cawangan SABAH khususnya kepimpinan Tertinggi, serta team Unit KAFA Negeri dan Daerah di atas inisiatif pelaksanaan julung kalinya kursus e-learning seperti ini yang mana kami selaku guru-guru KAFA dapat mengikuti kursus walaupun dalam situasi pandemik sekarang yang membataskan pergerakan kita.

Kursus modul Induksi e-learning Guru KAFA bagi saya berkesan dalam melahirkan Guru KAFA yang berkualiti dan mahir dalam menjalankan tugas dan amanah dan diaplikasikan dalam bidang tugas serta sesi PnPR atau bersemuka.

Pada hemat saya,program seperti ini harus diteruskan, disamping penambahbaikan dari segi bahan kursus iaitu konten video dan koleksi soalan yang boleh dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah, kursus yang terbaik dan bermanfaat kepada smua guru2
Alhmdulillah, sepanjang mngikuti kursus ini, sy lebih faham. Bnyk ilmu yg sy perolehi dn insyaAllah boleh di manfaatkn dlm sesi pdp nnti.
Alhamdulillah.. kursus E-learning yang sangat bermanafaat untuk guru2 Kafa.. Tahniah & Terima Kasih kepada pihak pengurusan JAKIM Unit KAFA
Alhamdulillah syukur dapat mnmbhkan lagi ilmu2 dlm pengajaran. Terima Kasih kpd ustaz ustazah atas ilmu2 yg diberikan. Semoga kita Sama2 lagi memperbaiki juga mmntapkan lagi kerja slps ini demi amanah kita bersama. Alhamdulillah. InshaAllah
Kursus terbaik dan memberi manfaat pada semua guru.
Kursus yang bermanfaat untuk semua guru
Kursus terbaik 👍👍...Alhamdulillah dengan adanya kursus ni ilmu pengetahuan semakin bertambah.
Assalamualaikum...
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi daripada wabak covid-19...Semoga Allah S.W.T sentiasa bersama kita.. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pengelola kursus atas usaha menyediakan platform sebegini bagi memberikan kursus induksi kepada kami, barisan guru-guru baharu. Sesungguhnya kursus ini banyak membantu para guru baru dalam banyak aspek terutamanya pengurusan dalam silibus pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang berkesan...Wallahualam... Jika mahu disebutkan dapatannya, nescaya tidakkan habis ditulis.. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan sebaiknya kepada semua barisan guru yang turut serta dalam kursus induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021...Tiadalah upaya kami selain mendoakan kebaikan pihak penganjur dengan doa, semoga jasa baik kalian dibalas cash di dunia dan limpahan pahala di akhirat.. Terima kasih JAKIM... TERIMA KASIH UNIT KAFA.. TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANSUNG DAN TIDAK LANSUNG... 😍
Alhamdulillah, kursus E-learning yang sangat bermanfaat untuk guru2 Kafa.. Tahniah & Terima Kasih kepada pihak pengurusan JAKIM Unit KAFA..
Kursus ini sangat baik dan bermanfaat,kerana banyak memberi tunjuk ajar berkenaan teknik pengajaran dan pembelajaran,serta cara membuat RPT dan RPH yang betul
Syukur Alhamdulillah , telah selesai mengikuti kursus e learning guru kafa. Semoga program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang bagi semua guru-guru. llmu yang disampaikan sangat bermanfaat dan membantu semua guru. Terima kasih dan Tahniah utk warga Jakim.
Assalamualaikum wbt.

Bagi saya kursus e-Learning ini, amat penting dan sesuai sekali di adakan terutama kepada guru2 baru kafa. Alhamdulillah ia satu kursus yg dapat menambah pengetahuan dan kemahiran para guru kafa dalam mendidik para murid
Kursus E-learning ini banyak menambah pengetahuan saya sebagai guru baru kafa. Terima kasih kepada penganjur
Alhamdulillah , telah selesai mengikuti kursus e learning guru kafa. Program sebegini sangat perlu bagi semua guru-guru kafa kerana ilmu-ilmu yang disampaikan sangat bermanfaat dan sangat membantu dalam tempoh pdp bagi semua guru. Terima kasih 😁
Terbaik.system bagus. yang penting dapat membantu kami guru-guru baru untuk terus komit memberi yg terbaik kepda anak bangsa.. terima kasih
Alhamdulillah selesai berkursus. Padat dengan informasi. Akan tetapi mungkin pihak jakim boleh membuat penambahbaikan seperti mewujudkan kelas amali dengan cara memberi tugas kepada peserti supaya aktiviti penulisan jawi, khat juga video amali solat khusuf dan kusuf, dan lain-lain yang difikirkan sesuai dapat di laksanakan. Dengan cara memuat naik kepautan yang mungkin jakim boleh sediakan nanti seterusnya sedikit sebanyak dapat membantu mempertingkat kemahiran guru dalam mendepani era abad-21 ini.
Alhamdulillah..sesuai dengan keadaan teknologi alam maya. Jelas dan meyakinkan
alhamdulillah. kursus ilmu yang sangat bermanfaat
ceramah yg dibawa sampai dan senang untuk difahami.
Assalamualaikum wrt.
Syukur pada Allah atas segala limpah dan kurnia serta taufik dan inayahNya kerana telah selesai menghabiskan Kursus Induksi Guru KAFA SABAH BIL 1 dengan jayanya.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli-ahli pelaksana yang terlibat dalam menjayakan program Kursus seperti ini. Mudah-mudahan ianya membawa manfaat dan ilmu yang berguna kepada kami yang sama-sama berjuang mendidik anak-anak berfokuskan pada objektif, visi dan misi yang telah diwartakan Jakim.

Semoga program-program dan kursus-kursus seperti ini dapat dilaksanakan lagi untuk mengasah dan meningkatkan daya kretiviti guru- guru dalam dunia pendidikan.

Sekali lagi jutaan terima kasih untuk semua. Salam ukhwah. Jazakallah Khairan kathira.
Kursus Induksi E- Learning ini sangat membantu bagi guru-guru baru bagi memantapkan lagi lg sistem pendidikan Kafa.
Alhamdulillah, kursus yang diberikan dapat memberikan banyak meklumat tentang subjek dan cara mengajar yang efektif. Kursus ini sangat membantu guru baharu yang masih dalam proses permulaan. Terima kasih.
Alhamdulillah..saya telah menghabiskan kursus induksi ini. Saya harap saya mampu mendepani cabaran sebagai guru di masa akan datang.. Insha Allah..
alhamdulillah,terbaik kursus ini d laksanakan.bagi memudhkan para guru memahami dan melaksanakan pembelajran dengan pelbagai kaedah yang di ajari dalam kursus tersebut.terima kasih
Alhamdulillah dengan mengikuti Kursus Induksi ini, saya dapat mempelajari tentang teknik dan kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Terutamanya penulisan RPT dan RPH. Terima kasih atas perkongsian dan Insyaa Allah akan diaplikasikan dalam pembelajaran yang seterusnya.
الحمدلله modus operandi yang bersesuaian dengan situasi, time flexible. Kursus pedogogi membantu guru cakna dengan perlaksanaan pdp. Sebahagian kualiti slide kurang jelas.
Alhamdulillah... Selesai sudah kursus induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2021..sepanjang kursus saya dapat mengetahui & mempelajari kaedah, teknik & aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan..cara membuat rph & rpt..mengetahui sejarah jakim & lain-lain..Terima Kasih
Alhamdulillah..Terbaik..Terima kasih atas kursus yg dianjurkan..sangat membantu..
Kursus ini sangat berkesan untuk menambah lagi ilmu Dan cara-cara berkesan untuk aktiviti P&P. Seterusnya memberi semangat kepada guru untuk menjalankan tanggungjawab.
Alhamdulillah saya berjaya juga akhirnya terima kasih JAKIM.. Insya Allah akn di aplikasikan Semasa pdp..
Alhamdulillah kursus yang sangat bermanfaat, banyak memberi tunjuk ajar..jutaan trima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah mengadakan kursus ini.. semoga Allah memberkati dan memberi manfaat kepada kami semua guru2 KAFA.. mohon maaf, cadangan agar kualiti slide show ditingkatkan dari segi keterangan dan size tulisan dibesarkan..serta isi dan gaya penyampaian para penceramah.. TERIMA KASIH JAKIM SABAH #GURUKREATIF
Alhamdulillah...selesai sudah kursus induksi E-Learning guru- guru KAFA seluruh Sabah tahun ini.kursus seumpama ini boleh diteruskan pada tahun akan datang bagi memudahkan guru- guru selaras dengan perkembangan teknologi masa kini
Saya berbesar hati dapat mengikuti kursus infuksi E-learning guru kafa siri 1 2021 ini dan saya sangat gembira setelah beberapa hari mengikuti kursus ini banyak perkara yang telah saya pelajari.
pengajran yang baik dan senang untuk difahami....terbaik
Alhamdulillah, sudah selesai menyiapkan kursus Induksi E-learning Guru KAFA Siri 1 2021.
Banyak ilmu yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus ini ❤.
Syukran
Alhamdulillah selesai sdh kursus induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021..terima kasih kepada pihak JAKIM kerana mengadakan program seperti ini.program ini sangat memberi manfaat kepada saya untuk penyediaan pengajaran Dan pembelajaran Masa Akan datang.
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, dengan adanya khursus ini, menjadi panduan dan menambah pengetahuan kami dalam proses PNP, lagi-lagi waktu pendemik nie, sangat membantu ...terima kasih ..🥰berharap lepas nie, slide nampak lagi jelas dan di fahami dengan lebih baik ..terima kasih..🤗
Kursus induksi E- Learning Banyak memberi manfaat untuk panduan P&P guru
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini kerana ia memberi ilmu dan pedoman yang baru untuk saya agar menjadi guru yang sentiasa mematuhi etika sebagai seorang pendidik.
alhamdulillah sangat membantu dalam membentuk idea dan kaedah PdP ...
secara keseluruhan kursus ini amat penting khususnya kepada guru-guru baru supaya lebih kenal dan faham tentang program kelas kafa itu sendiri. di samping itu, memberikan ilmu pedagogi pengajaran yang boleh digunakan sesuai pdp di dalam kelas. ini merupakan pendedahan awal bagi guru-guru baru yang ingin tahu cara mengajar dengan lebih baik dan berkesan.

terdapat beberapa elemen yang perlu di tingkatkan contohnya seperti :

1) gaya penyampaian. perlu ditingkatkan cara penyampaian modul itu sendiri agar lebih menarik iaitu tidak dibaca sahaja slide yang ada contohnya di modul 3 berkenaan kurikulum kafa 2.0

2) suara tidak jelas. contohnya di modul 4 - 6.

yang lain-lain keseluruhannya baik. terima kasih.
Alhamdulillah modul dan kuiz sangat membantu guru terutamanya guru baru dan guru ganti.
Kursus e-Learning guru- guru KAFA sebegini memudahkan para guru baharu untuk mengikuti kursus terutamanya ketika pandemik.
Alhamdulillah selesai akhirnya... Banyak ilmu yang bermanfaat saya dapat dalam kursus ini... Terima kasih saya ucapkan...
Berdasarkan kuiz ini, ia dapat mendorong kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dapat mengenal pasti utama yang mendorong kreativiti serta melihat hubungan antara keadaan persekitaran dan melihat tahap kreativiti pelajar. Seterusnya, guru dapat memperolehi pelbagai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah dibincangkan di setiap video yang diberikan, agar pelajar dapat memahami dan mendapat pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru memperolehi pelbagai ilmu untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab. Akhir sekali, guru haruslah berjiwa pendidik yang berperanan sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran, berkualiti, peribadi unggul, inovatif, kritis dan kreatif bagi menjamin pembangunan sosioekonomi sesebuah negara.
Alhamdulillah.,syukur..dengan ada nya kursus-kursus seperti nie sangat membantu dlm membina motivasi..terbaik
Alhamdulillah. Semoga majlis ilmu seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Jakim Sabah
Alhamdulillah syukur berjaya menonton video yg amat bermakna bg sy sebagai guru yg baru dilantik sebagai guru kafa pada tahun lepas. Alhamdulillah dgn adanya kursus e learning ni dpt sy pelajari banyak perkara dlm bidang perguruan mendidik anak2 bangsa terutama dlm bidang agama ini. Amatlah berat amanah yg harus dpikul sebagai pendidik untuk memastikan setiap ilmu yg disampaikn itu betul, tepat dan dn dimanfaatkn oleh anak2 murid kelak. Ilmu KAfa ini amatlah penting bg setiap anak muslim dn guru juga perlu bijak dn kreatif dlm pastikan p&p berjalan dgn lancar terutamanya dlm kelas. Untuk sy juga byk st perlajari melalui kursus ini dn serba sedikit dpt sy perbaiki cara pengajaran sy yg akan dtg, inshAllah semoga Allah berikn sy kekuatan itu. Terima kasih kepada penyelia kafa sandakan 1 Cik siti rahmah yg byk membantu sy dn rakan2 sperjuangan yg sedang beejuaang utk menyampaikn ilmu kepada anak2 bangsa sekalian wlupun ujian covid19 masih belum reda. Semoga Allah lindungi kita semua dr keburukan. Dn tahniah juga kepada rakan2 yg berjaya juga alhamdulillah. Semoga nnti ada lagi kursus seperti ini, yg mampu menaikkan lg semangat guru untuk perbaiki diri dn perbaiki cara pengajaran terutama didalam kelas. inshaAllah. syukran.
Alhamdulillah...syukur suda menghabiskan Kursus Induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021 dengan jayanya. Saya ingin berterima kasih kpd pihak JAKIM dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyediakan program seperti ini kepada Guru-guru kafa yang baru.Semoga segala ilmu dan pengisian di dalam 9 slot kuliah dapat kami manfaatkan dan praktikkan dalam sesi P&P nanti..Akhir kata, semoga kursus seperti ini dapat diteruskan lagi bagi menambah dan mengupdate ilmu dan pengetahuan buat guru-guru kafa pada masa akan datang.
Alhamdulillah, kursus sprti ini sangat² membantu untuk guru², terutamanya guru² baru dalam kafa. Memberikan ilmu sistem pdp yg berkesan. Sangat² membantu, Terbaik.
Secara Keseluruhannya pendidikan KAFA dapat menyumbang dalam pembentukan pendidikan asas agama dikalangan murid,dalam membentuk dan melahirkan generasi Islam yang berilmu tinggi berpandukan alquran dan sunnah pada masa akan datang
Alhamdulillah. Selesai 9 slot.. Terima kasih menyediakan kursus seperti ini kursus terbaik..👍
Alhamdulilah wa syukurilah, walaupun kursus ini dilaksanakan secara online yg memberi kekangan kepada sesetengah individu seperti masalah line dan capaian internet, ianya adalah satu mekanisme yg sangat bagus dan seharusnya diteruskan lagi pada masa yg akan datang. Semoga kursus ini memberikan manfaat kepada semua guru yang mengikutinya 🌹
asssalamualaikum wrt kepada semua yang terlibat menjayakan krusus induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2021sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Alhamdulillah saya telah pun selesai menghabiskan krusus ini. pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JAKIM yang memberikan kami ( guru baru ) peluang untuk mengikuti krusus ini ,yang bagi pendapat saya sangat bermanfaat sebagai panduan untuk menyediakan P&P kelak. Fasilitator juga memberikan penerangan yang begitu jelas teratur dan sangat terperinci. Terima kasih sekali lagi.
ALHAMDULILLAH....MEMBANTU GURU² KAFA UNTUK LEBIH MENDALAMI DALAM BIDANG PENGAJARAN SERTA PERATURAN DARIPADA SYSTEM JAKIM....🥰🥰🥰
Alhamdulillah, satu cara yang menarik dalam melatih guru baru untuk mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran.
alhamdullah, kursus induksi E-Learning GURU KAFA siri 1 2021 dapat sya selesaikan dengan gembira, semoga manfaat ni dapat saya praktikkan dalam pdp .
Alhamdulillah..dengan adanya kursus induksi E-Learning Guru KAFA ini dapat menambah lagi ilmu pengetahuan, penyampaian yang sangat jelas dan mudah difahami. Terima kasih diatas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Alhamdulillah, ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak JAKIM khasnya serta pihak yang terlibat dalam menjayakan krusus Induksi E-learning Guru Kafa siri 1 2021 ini kepada guru-guru baru secara atas talian. Alhamdulillah dengan krusus ini, telah membuka minda saya untuk lebih kreatif dan mempelbagaikan kaedah BBM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran silibus Kafa akan datang. Sekali lagi,Terima kasih dan syabas tahniah..SEKIAN :)
Alhamdulillah selesai 9 slot.. terima kasih byk atas penyediaan kursus induksi ini. Sgt lah mmbantu
Alhamdulillah,akhirnya berjaya mengikuti dan menyiapkan kesemua slot yang dianjurkan oleh JAKIM SABAH
Terima kasih yang tidak terhingga kepada JAKIM Sabah kerana memberi kesempatan kepada saya mengikuti kursus Induksi E- Learning siri 1 ini,walaupun banyak halangan dan Line internet yang agak tidak memuaskan terpaksa ditempuh.
Terima kasih juga kepada Penyelia yang banyak memberi sokongan dan dorongan juga amat bersabar mendengar keluhan.
TERIMA KASIH.
Dalam sistem tahfiz perlu ditekankan istilah-istilah seperti ihdar dll untuk pemahaman guru.
Alhamdulillah. terima kasih atas anjuran E-learning, sangat membantu dan membuka minda dalam mencari kaedah-kaedah pengajaran yang lebih kratif dan berkesan.
Terbaik. Mudah dan melancarkan urusan.
Alhamdulillah syukur segala nikmat akhirnya berjaya mengikuti dan menghabiskan kesemua 9 slot kuliah yang disediakan oleh pihak penganjur. Sememangnya bagi guru baru seperti saya amatlah baik untuk didedahkan ilmu dan pengetahuan sebegini dan banyak input-input yang berguna kepada saya untuk menjadikan saya sebagai guru yang lebih dedikasi, berkomitmen dan berilmu dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid. Syabas pihak penganjur. Boleh adakan lagi sesi kursus sebegini masa akan datang walaupun hanya secara atas talian. Inisiatif dan medium yang bagus untuk menyampaikan kursus kepada guru-guru walaupun dalam keadaan negara mendepani isu covid19 ketika ini. Terima kasih diucapkan.
Terima kasih kepada pihak jakim kerana telah menyediakan kursus induksi. Semoga kursus ini dapat memberi impak positif kepada guru-guru.
Alhamdulillah . Hari ini saya selesai menjalani kursus e-learning siri 1 dengan jayanya . Sebagai guru baru banyak input yang saya dapat, dari segi pengisian RPH, juga metod pengajaran didalam bilik darjah. InshaaALLAH selepas ini saya dapat menjalani kerja saya dengan lebih baik.
Terima kasih kepada pihak JAKIM kerana menyediakan sistem Kursus induksi E-learning ini.
Alhamdulillah. saya rasa bersyukur kerana dapat menyelesaikan kursus ini dengan baik. Saya berpendapat bahawa kursus ini sangat bermanfaat dan memberikan pelbagai cara dan kaedah untuk semua guru-guru khususnya guru baru yang bakal mengajar kelak. Ribuan Terima kasih juga diucapkan kepada semua ustaz, ustazah dan semua yang terlibat dalam penganjuran kursus ini.
Assalamualaikum.. Wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, dengan izin-Nya kursus induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021 telah memberi impak yang sangat besar bagi diri saya dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik mendidik anak-anak murid ketika sesi pembelajaran. Muali dari kuliah video pertama sehinggalah video padagogi yang terakhir secara keseluruhannya ianya telah memberi ilmu kepada saya bahkan kepada guru-guru kafa yang lain, walaupun kursus induksi ini hanya melalui medium alam maya tetapi ianya juga dapat memberi kepada kami sedikit sebanyak pendedahan skop bidang profesion keguruan dan pengenalan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cwgn. Sabah (JAKIM) yang mengatur selia kafa negeri sabah. Akhir kalam, secara peribadi saya menyambut baik pendekatan kursus E-Learning ini untuk diteruskan kepada guru-guru kafa yang baru khususnya ketika negara masi meneruskan kehidupan norma baru.
Kursus ini sangat berkesan dalam membantu guru memperbaiki cara pengajaran dan memberi idea kepada guru untuk mencari kaedah-kaedah yang lebih berkesan untuk sesi pembelajaran yang lebih berkesan.
Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak JAKIM diatas usaha untuk menghasilkan sistem Kurus Induksi E-Learning ini. Dari sini, banyak perkara yang saya dapat pelajari, terutamanya bahagian penulisan RPT & RPH serta teknik dan kaedah bagi subjek-subjek tertentu . Saya berharap agar program-program seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang .
Terima kasih kerana menyediakan platform ini kepada guru baru untuk mendalami lebih dalam berkaitan KAFA. semoga KAFA Sabah terus maju kehadapan :) TAHNIAH
Allhamdulilah..satu krusus yang sangat berguna dan boleh di teruskan program ini di masa akan datang.
Alhamdulillah 🤲🏻...semoga d berikn kmudahn msa akn dtg.
Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT..kursus induksi amat baik banyak ilmu dan pengetahuan baru diperolehi..terima kasih ustaz dan ustazah atas ilmu yang dikongsikan...
Alhamdullilah dengan adanya kursus ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang betul dan sistematik… serta dapat mengetahui info-info yang baru
Kursus ini sangat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Oleh yang demikian, guru dapat mempraktikan segala pengetahuan untuk masa akan datang. Terima Kasih JAKIM :)
Terima Kasih Kerana Mengadakan Krusus Yang Sangat Membantu Kami Dalam Bagaimana Penyampaian Pengajaran Yang Berkesan :-)
Alhamdulillah..apa yang telah saya peroleh daripada kursus ini, saya dapat mengetahui beberapa topik berkaitan Guru KAFA. Saya sangat besyukur dengan ilmu pengetahuan yang banyak, saya pelajari sepanjang kursus ini. Hal demikian, sangat membantu saya dalam proses pengajaran kelak. Walaupun Kursus di adakan secara Atas Talian, saya boleh mengikut dan memahami slide yang disediakan di E-Learning Guru KAFA. Terima Kasih Ustaz dan Ustazah atas ilmu yang telah diberikan.
Alhamdulillah baru sahaja menghabiskan kuiz bagi kursus induksi E-learning guru KAFA Siri 1 2021.Insya Allah Kursus ini sedikit sebanyak membantu kami dalam memperbaiki cara atau kaedah dalam mendidik anak2 didik kami dengan lebih berkesan .Semoga pandemik covid19 cpt berlalu agar kita dapat menjalankan kursus seterusnya dengan bersemuka.
alhamdulillah dgn ada nya krusus saya lebih bersedia dan memahami cara dan teknik mengajar yang lebih berkesan untuk sy praktikkan dlm sesi pdp sy. kuliah dan video yang diberikan sgt membantu dan mudah difahami.
diharapkan agar kursus induksi seperti ini boleh dilakukan lagi pada masa yang akan datang.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan saya mengikuti kursus Guru Kafa ini dengan jayanya....
Alhamdulillah..t. Kasih.. Sangat bermanfaat.
kursus e-learning amat membantu dalam penyediaan RPH setiap hari.Terima kasih diucapkan kepada pihak JAKIM diatas usaha dalam mewujudkan kursus induksi secara online ini.
alhamdulillah dengan asbab adanya kursus ini boleh menambah sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan sebagai seorang Guru KAFA.
menjadi yang terbaik adalah satu keutamaan ,selain memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab.
Alhamdulillah.. Selesai.. Terima kasih jakim adakan kursus induksi E-Learning Guru Kafa ini..bnyak benda yang sya dapat.. 👍👍👍
Assalamualaikum wbt,syukur alhamdulilah berkat adanya program e-learning ini dpt memberi sedikit sebanyak ilmu berkaitan pdp setiap subjek kepada kami guru baru.Penerangan dari setiap slide amat jelas dan saya dapat memahami isi yang disampaikan.Saya rasa seronok menjawab soalan kuiz yang pelbagai.Banyak ilmu yang saya dapat dari program e learning ini.Semoga saya dapat menerapkan hasil program ini kelak,inshaallah.
Syukur Alhamdulillah Terbaik KAFA .. Terima kasih kepada PPK.Unit KAFA yg Memberi Kursus Kepada Guru Guru Baru, kerana adanya kursus ini, boleh menambahkan ilmu pengetahuan sebagai seorang guru untuk meningkatkan lagi prestasi dalam diri guru.
Alhamdulillah terima Kasih diucapkan kepada ust dn ustzh yg byk memberikan pengkongsian ilmu..dan terima kasih kepada JAKIM yg berjaya membuat inisiatif kursus di media sosial seperti ini..inshaa Allah semoga kita semuanya diberikan kefahaman dalam semua ilmu terutama ilmu agama..aamiin
Alhamdulillah..dengan jayanya saya telah menamatkan kursus Induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021.
Bermula dari video 1 hingga 9 banyak membantu saya tingkatkan ilmu pengetahuan dan maklumat serta info-info penting.
Alhamdulillah .. kursus ini sangat membantu saya mengetahui cara yang berkesan dalam melaksanakan P&P
Alhamdulillah sesi kursus ini sangat membantu saya untuk menjadi guru yang lebih bertanggungjawab dan berilmu
Alhamdulilah .. kursus induksi e learning GK siri 1 2021 dgn ini saya telah dpt melengkapkan menyelesaikan kuiz dalam tempoh 3 hari dengan jayanya dan dpt mempertingkatkn kefahaman dlm pedagogi ,rph sbg guru baru .. kursus yang terbaik dgn soalan kuiz aras kefahaman yang tinggi .. semoga kursus ini dpt diteruskan seiringan dengan dunia era pendigitalan zaman skg..
Moga kursus ini berterusan kepada bakal bakal guru kafa yang akan datang
Alhamdulillah..dapat menambah ilmu pengetahuan lebih mendalam terutamanya berkaitan rph dan rpt. Saya juga dapat mempelajari kaedah-kaedah pembelajaran melalui pedagogi dalam setiap bidang yang diberikan dalam video tersebut. Ilmu yang sangat bermanfaat dan berguna. Terima kasih pihak Jakim...
Alhamdulillah selesai sudah kursus e-learning ini 😊.. Dngan kursus e-learning ini sedikit sebanyak dapat membantu guru mengetahui cara mengajar dengan berkesan.. Dengan video" yg sedia ada sangat membantu guru" baru lebih memahami cara mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar untuk sentiasa berada dalam kelas.. Terima kerana menjadikan kursus ini menarik😍
Alhamdulillah.. Tahniah kerana berjaya menganjurkan program secara e learning kpd guru2 baru dan banyak membantu dalam menghadapi pengajaran di musim pandemik ini.Terima kasih 😊
Alhamdulillah dengan kursus e-learning ini saya lebih memahami struktur dan tujuan kafa. Selain itu banyak juga ilmu dan kaedah mengajar baru yang boleh saya cuba praktik dalam kelas nanti. Rujukan2 video dan soalan2 yang diberi juga sangat teliti dan bermanfaat utk menguji kefahaman saya. Terima kerana menjadikan kursus ini menarik.
Kursus Induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2020 ini amatlah baik bagi memantapkan lagi teknik pengajaran bagi setiap guru baru dan menambah ilmu bagi cara pengajaran yg lebih berkesan.
Alhamdulillah...Terbaik JAKIM...Dapat ilmu baru daripada kursus ini
soalan2 yang menguji kebolehan berfikir
Kursus E Learning yang sangat membantu guru guru baru
Assalamualaikum,
Alhamdulillah kursus ini memang sangat2 membantu terutama guru baru seperti saya khususnya dengan pendedahan kaedah2 mengajar yang dapat digunakan sesuai PAK21. Walaupun kursus dijalankan secara alam maya, namun input yang disampaikan dapat difahami dengan jelas. Terima kasih kerana menyediakan Kursus Induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 ini.
Alhamdulillah ❤️..Sangat bermanfaat kepada guru...
Alhamdulillah..kursus yang sangat membantu kepada guru baru agar dapat mengajar dengan lebih baik.. Terima kasih kepada PPK unit kafa membuat kursus untuk guru kafa yang baru..😊😊👍
Alhamdulillah. Terima kasih di atas penganjuran kursus induksi yang sememangnya amat bermakna kepada kami guru-guru baru dalam usaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai guru dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Banyak ilmu baru yang diperoleh daripada kursus ini. Harapan agar video-video yang ada dalam kursus ini dapat di downlowd oleh peserta untuk rujukan pada masa akan datang.
Alhamdulillah kursus ini memberi banyak manfaat dan dapat memperolehi ilmu yang akan dapat dipraktikkan dalam pdp... Semoga usaha dalam meneruskan program kursus ini pada masa akan datang dapat ditingkatkan lagi dengan baik.Terima kasih kepada pihak jakim kerana memberi kami peluang untuk mengikuti kursus ini dengan jayanya.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak yang berkaitan kerana telah menyediakan kursus Induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2021 ini. Dengan adanya kursus seperti ini, guru baru seperti saya turut diberikan pendedahan tentang kaedah-kaedah pengajaran yang lebih efektif dan profesional. Selain itu, dengan adanya kursus ini juga, ianya mampu memberi sedikit sebanyak tentang cara dan kaedah yang betul dalam menjalani pengajaran di sekolah serta memberikan pendedahan tentang penulisan RPT & RPH tepat dan betul. Semoga kursus sedemikian dapat diteruskan dan dapat ditambahbaik dari masa ke masa.
Alhamdulillah,Tahniah kepada pengurusan JAKIM Unit KAFA atas program yang di anjurkan kerana lebih mudah dan selesa bagi guru yang baru pada masa pandemik ini.
Medium kursus sebegini bagi saya sangat lebih efektif kerana nota-nota yang diberikan dibaca secara terus dan dapat lebih difahami kerana adanya ujian. Syabas dan tahniah kepada team JAKIM CAWANGAN SABAH atas usaha murni untuk menjadikan kami guru Kafa yang terbaik.
Terima kasih kepada pihak JAKIM dan juga unit KAFA Negeri Sabah kerana telah menganjurkan program Kursus Induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2021. Kursus ini sangat membantu dalam memahami dan mempelajari objektif dengan pelbagai kaedah yang membimbing dan berkesan.
Sangat membantu dalam memberikan idea atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan kreatif kepada para guru baru dan yg lama untuk menarik minat pelajar seamasa dikelas.
Kursus Induksi E Learning sangat bagus dan mempunyai penerangan yang sangat jelas mengenai pdp guru, ianya sangat penting dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar agar penyampaian sesuatu pengajaran dapat di sampaikan dengan cara yang betul dan di fahami pelajar.
Kursus ini dapat membantu meningkatkan kemahiran pedagogi dalam kalangan guru kafa.. .Terima kasih kepada pihak penganjur kerana mewujudkan platform kursus sebegini. Sangat bermanfaat
Alhamduliilah. selesai mengikuti Kursus induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2021. Sangat - sangat berguna bagi guru - guru baru dan banyak ilmu yang dapat diambil melalui kursus ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.
Alhamdulillah selesai Kursus Induksi E-Learning Guru kAFA Siri 1 2021.

Terima kasih kerana mewujudkan platform kursus sebegini. Sangat bermanfaat untuk diaplikasi bukan sahaja dalam PdP malah boleh dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kepada semua ustaz dan ustazah yang memberi taklimat dan kuliah sepanjang kursus maya ini. Walaupun hanya secara atas talian, tetapi inputnya sangat banyak kerana memerlukan fokus yang tinggi untuk memahami setiap video penerangan sekaligus untuk menjawab kuiz yang diberikan.

Semoga kursus sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

TAHNIAH kepada rakan-rakan guru yang telah berjaya!

Jazakumullahu khairan kathira 😊
Banyak ilmu yang saya perolehi dalam kursus induksi e-learning dan akan mengembangkan lagi cara saya untuk mengajar.terima kasih
Alhamdulillah..
Trima ksih pihak JAKIM,Sabah krana anjurkan program Kursus Induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2021..byk pngetahuan,pngalaman yg dpat di ambil drpd program ini..⭐⭐⭐⭐⭐
Alhamdulillah...
Usaha yang baik dari JAKIM khususnya KAFA negeri Sabah dalam memahamkan dan menambah pengetahuan para guru dalam ilmu pendidikan. Semoga usaha ini diteruskan dan buat sedikit penambahbaikan yang berterusan.
Alhamdulillah selesai juga saya mengikuti kursus Induksi E-Learning Guru Kafa walaupun sebenarnya saya telah mengikuti kursus induksi secara bersemuka dulu,Terima kasih kepada pihak pengurusan Jakim kerana memberi peluang kepada saya utk mengikuti kursus dlm talian yang bagi saya cukup bermakna dalam meningkatkan pengetahuan saya dalam ilmu teknik mengajar murid2 abad 21 ini,smoga saya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam melaksanakan misi dan visi program Kafa di kawasan pedalaman Ranau Sabah ini inshaAllah
Alhamdulillah selesai mengikuti kursus e-learning guru kafa. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengadakan kursus ini.Ianya sangat membantu dan bermanfaat khususnya kepada guru baru.
Rakaman audio sedikit kurang jelas. Terima kasih
Terima kasih yg tidak terhingga kepada pihak JAKIM kerana telah menganjurkan kursus ini untuk para guru. InshaAllah dengan melibatkan diri dalam kursus ini akan melahirkan guru-guru KAFA yg lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang.
Alhamdulillah.. Kursus yang amat membantu guru-guru baru untuk mengajar dengan lebih baik.. terima kasih PPK.Unit KAFA yang memberi kursus ini kepada guru2 baru 👍🏻
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjayakan program Kursus E-Learning ini dan semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada guru.

sekian.
saya rasa seronok ketika menjawab soalan. kursus ini dapat membantu mengeluarkan idea tentang cara mengajar dan dapat diaplikasikan dalam Pdp.
Alhamdulillah selesai mengikuti kursus E-Learning Guru Kafa 2021.

Terima kasih kepada pihak penganjur (JAKIM) yang terlibat menjayakan Kursus Induksi E-Learning ini. Kursus yang sangat berguna dan semoga kursus yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan kelak.

Kursus seperti ini lebih baik berbanding kursus secara bersemuka, kerana biasanya peserta akan mengantuk d dalam bilik kuliah & mungkin jika ruangan dewan kuliah terlalu besar, peserta yang berada di belakang tidak dapat mendengar suara penceramah dengan jelas.

Sedikit penambahbaikan untuk penganjur:
Kalau boleh, dimasa akan datang, mohon sediakan 'handout' atau 'worksheet' kepada peserta. Peserta mungkin boleh print out & menggunakan worksheet tersebut semasa kuliah, sambil mendengar kuliah sambil mencatat point2 penting dalam worksheet. Bagi saya, cara ini adalah lebih mudah untuk tangkap isi2 penting kuliah berbanding mendengar kuliah sekali imbas & jawab kuiz.

Apa2 pun, banyak ilmu saya dapat dari kursus ini. TAHNIAH JAKIM kerana kursus ini sangat memudahkan & santai.
Sekian, terima kasih
Alhamdulillah siap semuanya.. saya dapat pengetahuan yang baru untuk improve skill mengajar..
Alhmdulillah, segala perkongsian yang diberikan sangat membantu saya dari segi cara penulisan RPH & RPT, teknik dan kaedah yang dikongsi akan saya aplikasikan semasa membuat PdP nanti. InshaAllah. Akhir kalam, terima kasih dan semoga kursus seperti ini boleh dijalankan lagi pada masa akan datang.
program krusus e-learning seperti ini wajar diteruskan. sebab maklumat dan ilmu yang disampaikan mudah untuk difahami dengan jelas
assalamualaikum,Alhamdulilah.kursus guru kafa ini sangat berguna dan menambah pengetahuan saya dalam pembelajaran dan pengajaran.smoga kursus sprti ini di adakan lgi....wassalam
Alhamdulillah selesai mengikuti kursus E-Learning Guru Kafa 2021.

Terima kasih kepada pihak penganjur (JAKIM) yang terlibat menjayakan Kursus Induksi E-Learning ini. Kursus yang sangat berguna dan semoga kursus yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan kelak.

Sekian, terima kasih :)
asalamualaikum... alhamdulillah.. kursus yg mantap dan sangat banyak memberi manfaat kepada kami, khususnya saya sendiri sebagai peserta.. cadangan kepada pihak penganjur agar sistem di updet, supaya peserta kuiz boleh back soalan soalan selepas menjawab soalan yg diberikan, contohnya, selepas jawab soalan no 1,2,3,4, atau lima, boleh back balik soalan no 2 atau no yg lain... ini kerana supaya dpt mengisi baki masa yg ada, untuk membuat double cek jawapan daripada soalan yg mungkin diragu ragukan jawapannya... wallaualam.. terimakasih..
Assalamualaikum..w.b.t , Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak penganjur kursus, menerusi kursus ini saya dapa menambah ilmu dan In shaa Allah akan menggunakan segala ilmu dalam PdP, semoga ilmu yang ditimba diberkati oleh Allah, aamiin..sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menganjurkan kursus ini.
ALHAMDULILLAH.. Kursus yang sangat membantu dan memberi pendedahan secara jelas bagi guru yang baharu dalam mengaplikasikan dalam sesi pdp nanti.. terima kasih banyak JAKIM SABAH.
Sangat menarik dan mudah difahami 👍🏻
kursus induksi E-Learning memang sangat membantu dalam situasi pandemik yang dihadapi pada zaman sekarang ,walaupun liputan internet di kawasan saya tidak berapa bagus tapi saya tetap berusaha untuk tamatkan kursus ini sebelum masa yang ditetapkan,kursus ini sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru dalam sesi P&P
Alhamdulillah.saya dapat banyak ilmu dan pengetahuan baru dari kursus ini.semoga ada lagi siri2 lain
Alhamdulillah telah selesai Kursus Siri 1. Terima kasih atas penganjuran kursus ini yang telah memberi banyak input, info serta pengetahuan dalam persediaan untuk menjadi seorang guru.
Guru sebagai perancang.
Guru sebagai pendorong.
Guru sebagai pengawal.
Guru sebagai pembimbing.
Guru sebagai penilai.

Murid sebagai pembelajaran aktif.
Alhamdulillah,selesai mengikuti kursus induksi e-learning guru kafa bagi tahun 2021.

Terima kasih kepada pihak JAKIM yang terlibat menjayakan kursus ini kerana ianya memberi ilmu dan pedoman yang baru kepada kami guru-guru kafa agar sentiasa mematuhi etika sebagai seorang pendidik.Mudah-mudahan saya dan rakan guru-guru lain diberi kekuatan dan menjadi seorang guru yang kreatif,InsyaAllah.

Antara pelajaran yang dapat diambil di dalam kursus ini yang pertama ialah JAKIM ditubuhkan bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara untuk melihat kemajuan dan pembangunan ummah yang progresif.Yang kedua ialah sepanjang kewujudan,JAKIM telah banyak menghasil pencapaian dan hasil pekerja yang membawa manfaat bukan sahaja di dalam negara namun peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya,sebelum dan sesudahnya kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada JAKIM sabah yang telah menjadikan kursus ini bermanfaat dan menjadi nilai tambah buat kami disamping input yang berguna,penerapan yang jelas dan mudah difahamai

sekian,terima kasih
Usaha yang baik dari JAKIM khususnya KAFA Negeri Sabah dalam memahamkan dan menambah pengetahuan para guru dalam ilmu pendidikan. Semoga usaha ini diteruskan dan ada penambahbaikan yang berterusan insyaAllah.
Alhamdulillah, selesai mengikuti Kursus Induksi E-Learning Guru KAFA yang mempunyai 9 kuliah dan 9 kuiz yang perlu dijawab.
Terima kasih Jakim Sabah (Unit Kafa) kerana mengadakan kursus ini buat guru-guru.
Sangat bagus untuk menambah pengetahuan,lagi-lagi yang baru masuk mengajar KAFA, banyak ilmu baru yang dapat sepanjang kursus ini dijalankan. Penyampaian yang jelas dari sudut audio dan penggunaan slide banyak membantu dalam mendapat input input yang baru..

Terima kasih sekali lagi..dan semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan kita semua dimusim pandemik ini.. :)
Alhamdulillah terima kasih JAKIM kerana mengadakan kursus ini buat guru-guru..
Sangat bagus untuk menambah pengetahuan , lagi-lagi yang baru masuk mengajar KAFA, banyak ilmu baru yang dapat sepanjang kursus..
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita..

Saya teringat akan kata-kata pengarah JAKIM SABAH sewaktu perasmian kursus pada hari itu..

" JADILAH SEORANG GURU YANG MEMPUNYAI NILAI KEJAKIMAN"

Mudah-mudahan saya dan rakan-rakan guru yang lain diberikan kekuatan dan semangat menjadi seorang guru yang kreatif.. InshaAllah 🥰 💪
Terbaik. Induksi secara alam maya pun dapat beri pendedahan kepada guru, sama macam secara bersemuka.
Ceramahnya banyak membantu.. mudah di fahami..
Alhamdulillah dapat habiskan kursus unduksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021
saya berpendapat agar kursus e-learning dapat memaparkan soalan yang gagal dijawab dengan betul pada paparan keputusan setiap kuiz agar calon kursus dapat mengambil berat setiap soalan yang mereka silap atau salah jawab.

Dan letakkan audio atau video mengikut susunan yang betul sebelum menjawab kuiz agar calon kursus tidak terlepas ,melihat dan mendengar audio/ video yang berkaitan soalan kuiz.
terima kasih
Alhamdulillah, selesai mengikuti Kursus Induksi E-Learning Guru KAFA yang mempunyai 9 kuliah dan menjawab beberapa soalan kuiz.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini kerana ianya memberi ilmu dan pedoman yang baru untuk saya agar dapat menjadi guru yang sentiasa mematuhi etika sebagai seorang pendidik, amanah dalam melaksanakan PdP seperti yang tertakluk dalam garis panduan, dan banyak lagi kebaikan dan ilmu yang saya perolehi dari kursus ini.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan, aaminn ya Rabbal a'lamin.

Jazakumullahu khairan kathira.
Alhamdulillah syukur kpd allah dengan jayanya saya telah menamatkatkan Kursus Induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021.Dengan adanya kursus ini dapat memperolehi segala perkongsian ilmu yang terbaik disamping menambah kemahiran kepada guru kafa.Diharap kursus seperti ini dapat diteruskan kelak.
Terima kasih pihak Jakim Sabah(unit kafa) menyediakan kursus yang bermanfaat dan menjadi nilai tambah buat kami.
Disamping input yang berguna , penerangan yang jelas dan mudah difahami...

kursus norma baru... stay safe😍
Alhamdulillah wa syukurillah dengan jayanya saya telah menamatkan Kursus Induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021.

Dapatan yang telah saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini, semestinya menambahkan pengetahuan dan pengalaman saya kerana ini adalah kali pertama saya mengikuti kursus yang bermanfaat seperti ini.

Berbangga dengan pihak Kafa Sabah atas usaha dan tungkus lumus mencari idea dan jalan untuk menjayakan Kursus Induksi dikala fasa PKP yang mana menyekat pergerakan setiap individu untuk bergerak ke sana ke mari.

Bermula dari video pertama hinggalah video yang terakhir banyak membantu menambah pengetahuan dan maklumat serta info-info penting didalamnya.

Semoga program/kursus yang bermanfaat seperti ini terus wujud dan tersebar bagi melahirkan individu yang progresif, intelektual, kreatif, invotif dan sebagainya. Moga pihak Kafa Sabah terus maju jaya.

Jazakumullahu khairan jami'an 🤲🏻
Semakin tinggi quizz semakin tinggi tahap penyoalannya .. memang terbaik 👍👍👍👍 ini amat berguna kepada kami guru2 baru untuk memahami lebih lagi berkaitan dengan cara2 pembelajaran dan pengajaran kafa .. Alhamdulillah mudah2an smua guru2 yg mengikuti kursus ini semuanya lulus in sha Allah ..amin3 😊😊😊
Alhamdulillah.Penyampaian,audio, suara speaker jelas,mudah difahami oleh peserta ,dn penggunaan slide byk mmbantu peserta.Byk input yg kmi dpt sepanjang kursus ini di jlnkn .Terima Kasih. 👍🏻👍🏻
Alhamdulillah..kursus yang baik..dapat pengetahuan yang banyak..terutamanya tentang kaedah2 mengajar..
alhamdulillah selesai kesemua kuiz.. terima kasih pihak HQ memberi peluang untuk repeat kuiz yang gagal.. banyak yang dapat dibelajar dari kuiz ini dan dapat ilmu2 baru.
kursus yang baik..memperolehi banyak input input baru..terima kasih jakim...untuk video pedagogi jawi, suara dia agak terkedepan..slide dia lambat...tapi masih boleh memahami apa yang ingin disampaikan.
Bole buat ulangan yg gagal?