Assalamualaikum.. Wbt. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, dengan izin-Nya kursus induksi E-Learning Guru Kafa Siri 1 2021 telah memberi impak yang sangat besar bagi diri saya dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik mendidik anak-anak murid ketika sesi pembelajaran. Muali dari kuliah video pertama sehinggalah video padagogi yang terakhir secara keseluruhannya ianya telah memberi ilmu kepada saya bahkan kepada guru-guru kafa yang lain, walaupun kursus induksi ini hanya melalui medium alam maya tetapi ianya juga dapat memberi kepada kami sedikit sebanyak pendedahan skop bidang profesion keguruan dan pengenalan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cwgn. Sabah (JAKIM) yang mengatur selia kafa negeri sabah. Akhir kalam, secara peribadi saya menyambut baik pendekatan kursus E-Learning ini untuk diteruskan kepada guru-guru kafa yang baru khususnya ketika negara masi meneruskan kehidupan norma baru.