Alhamdulillah syukur segala nikmat akhirnya berjaya mengikuti dan menghabiskan kesemua 9 slot kuliah yang disediakan oleh pihak penganjur. Sememangnya bagi guru baru seperti saya amatlah baik untuk didedahkan ilmu dan pengetahuan sebegini dan banyak input-input yang berguna kepada saya untuk menjadikan saya sebagai guru yang lebih dedikasi, berkomitmen dan berilmu dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid. Syabas pihak penganjur. Boleh adakan lagi sesi kursus sebegini masa akan datang walaupun hanya secara atas talian. Inisiatif dan medium yang bagus untuk menyampaikan kursus kepada guru-guru walaupun dalam keadaan negara mendepani isu covid19 ketika ini. Terima kasih diucapkan.