Berdasarkan kuiz ini, ia dapat mendorong kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dapat mengenal pasti utama yang mendorong kreativiti serta melihat hubungan antara keadaan persekitaran dan melihat tahap kreativiti pelajar. Seterusnya, guru dapat memperolehi pelbagai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah dibincangkan di setiap video yang diberikan, agar pelajar dapat memahami dan mendapat pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru memperolehi pelbagai ilmu untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab. Akhir sekali, guru haruslah berjiwa pendidik yang berperanan sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran, berkualiti, peribadi unggul, inovatif, kritis dan kreatif bagi menjamin pembangunan sosioekonomi sesebuah negara.