secara keseluruhan kursus ini amat penting khususnya kepada guru-guru baru supaya lebih kenal dan faham tentang program kelas kafa itu sendiri. di samping itu, memberikan ilmu pedagogi pengajaran yang boleh digunakan sesuai pdp di dalam kelas. ini merupakan pendedahan awal bagi guru-guru baru yang ingin tahu cara mengajar dengan lebih baik dan berkesan.

terdapat beberapa elemen yang perlu di tingkatkan contohnya seperti :

1) gaya penyampaian. perlu ditingkatkan cara penyampaian modul itu sendiri agar lebih menarik iaitu tidak dibaca sahaja slide yang ada contohnya di modul 3 berkenaan kurikulum kafa 2.0

2) suara tidak jelas. contohnya di modul 4 - 6.

yang lain-lain keseluruhannya baik. terima kasih.