Alhamdulillah selesai mengikuti kursus E-Learning Guru Kafa 2021.

Terima kasih kepada pihak penganjur (JAKIM) yang terlibat menjayakan Kursus Induksi E-Learning ini. Kursus yang sangat berguna dan semoga kursus yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan kelak.

Kursus seperti ini lebih baik berbanding kursus secara bersemuka, kerana biasanya peserta akan mengantuk d dalam bilik kuliah & mungkin jika ruangan dewan kuliah terlalu besar, peserta yang berada di belakang tidak dapat mendengar suara penceramah dengan jelas.

Sedikit penambahbaikan untuk penganjur:
Kalau boleh, dimasa akan datang, mohon sediakan 'handout' atau 'worksheet' kepada peserta. Peserta mungkin boleh print out & menggunakan worksheet tersebut semasa kuliah, sambil mendengar kuliah sambil mencatat point2 penting dalam worksheet. Bagi saya, cara ini adalah lebih mudah untuk tangkap isi2 penting kuliah berbanding mendengar kuliah sekali imbas & jawab kuiz.

Apa2 pun, banyak ilmu saya dapat dari kursus ini. TAHNIAH JAKIM kerana kursus ini sangat memudahkan & santai.
Sekian, terima kasih