Alhamdulillah selesai Kursus Induksi E-Learning Guru kAFA Siri 1 2021.

Terima kasih kerana mewujudkan platform kursus sebegini. Sangat bermanfaat untuk diaplikasi bukan sahaja dalam PdP malah boleh dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kepada semua ustaz dan ustazah yang memberi taklimat dan kuliah sepanjang kursus maya ini. Walaupun hanya secara atas talian, tetapi inputnya sangat banyak kerana memerlukan fokus yang tinggi untuk memahami setiap video penerangan sekaligus untuk menjawab kuiz yang diberikan.

Semoga kursus sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

TAHNIAH kepada rakan-rakan guru yang telah berjaya!

Jazakumullahu khairan kathira 😊