Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak yang berkaitan kerana telah menyediakan kursus Induksi E-Learning Guru KAFA Siri 1 2021 ini. Dengan adanya kursus seperti ini, guru baru seperti saya turut diberikan pendedahan tentang kaedah-kaedah pengajaran yang lebih efektif dan profesional. Selain itu, dengan adanya kursus ini juga, ianya mampu memberi sedikit sebanyak tentang cara dan kaedah yang betul dalam menjalani pengajaran di sekolah serta memberikan pendedahan tentang penulisan RPT & RPH tepat dan betul. Semoga kursus sedemikian dapat diteruskan dan dapat ditambahbaik dari masa ke masa.